Hari ini saya masih di rumah lagi. Cuti selama seminggu ini sempena hari raya aidiladha. Makanan musim ini hanya bersumberkan daging korban sahaja. Pelbagai masakan yang dimasak sempena bulan korban ini seperti sup tulang, rendang daging, sate, daging masak kunyit, daging masak kicap dan sebagainya. Hanya perut lembu saya belum jamah lagi. Selalunya perut lembu di Kelantan terkenal dengan masakan perut air asam dan kerabu perut.
RESEPI PERUT AIR ASAM

BAHAN2 :
1/2 Kg perut lembu - Cuci n rebus empuk
5 Biji limau nipis
5 Sudu makan air
1/2 Inci belacan - Dibakar
Sedikit garam gula secukup rasa
3 Biji bawang merah - Mayang
2 Ulas bawang putih - Mayang
5 Biji cili api - Mayang
CARANYA :
1 - Hiris nipis perut lembu dan ketepikan.
2 - Perah limau nipis,tambah sedikit air,lumatkan belacan dan masukkan bahan yg dimayang tadi.
3 - Masukkan garam gula dan kacau sebati.Hidang perut lembu dgn air asam
RESEPI KERABU PERUT
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
· Bahan A
· 500 gram perut lembu
· Ikan kembong seekor(kalau ikan selar kuning 3/4)*lebihkan ikan untuk rasa yang lebih umph!*
· lada hitam/lada sulah
· bawang merah besar(bawang India) 1 labu
· Bahan B
· bawang merah besar 1 labu di mayang
· cili merah dimayang
· 1 bunga kantan dimayang
· kelapa parut untuk dibuat kerisik
· 1 biji tomato di potong dadu (kalau tak letak pun takpe)
· asam limau nipis/limau kasturi
· garam
· gula
· santan RM1
· Kacang panjang RM1/seikat dan dimayang halus2
1. Ok! Mula2 sekali hiris perut lembu itu memanjang kemudian direbus sehingga empuk dan toskan .
2. Panggang ikan jadi ikan bakar(kalau saya nak cepat saya rebuskan saja dengan sedikit air).
3. Sediakan kerisik: Goreng lebihkurang secawan kelapa parut tanpa minyak sehingga garing dan warna bertukar menjadi perang. Tumbuk kelapa hingga nampak keluar minyak Ok dah siap kerisik
4. Tumbuk lada hitam, kemudian tumbuk bawang dari bahan A, tak lumat sangat pun tak mengapa. Kemudian masukkan isi ikan yang dipanggang/rebus tadi, tumbuk lagi.
5. Bila dah siap 4 peringkat tadi campurkan semua yang dalam lesung tadi, kacang panjang dan kesemua bahan B dalam satu mangkuk besar. Kacau-kacaukan hingga rasanya serasi.... masin ada, manis dan masam...