Tuesday, 29 November 2011

makanan musim terkujuh

Di rumah sekarang, Kelantan ialah musim terkujuh. Terimbau kembali sebelum saya belum menjejakkan kaki di universiti ini. Umi saya gemar membeli ubi kayu mahupun ubi keledek semasa musim hujan-hujan begitu. Wah, betapa saya merindui kemanisan ubi-ubi apabila saya menjamahnya ketika masih panas lagi. Antara ubi-ubi yang terkenal pada musim terkujuh  di kelantan ialah ubi kayu. Ubi kayu hanya direbus sahaja dan dicicah dengan nyior ( kelapa parut) atau gula.
 

kalau ubi keledek, selalunya keluarga saya amat gemar che mek molek iaitu kuih yang berasaskan ubi keledek.  

Bahannya
500 gm keledek 
½ cawan tepung gandum
½ cawan gula
garam
minyak untuk menggoreng

Caranya
1.Rebuskan ubi keledek dengan sedikit garam sehingga lempuk.
2.Buangkan airnya dan lenyek sehingga lumat. kite kisar guna food pro..
3.Gaulkan dengan tepung gandum.
4.Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir dalamnya dan bentukkan memanjang supaya nampak bujur.
5.Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga kekuningan.
6.Angkat kueh dan toskan minyak. Hidangkan.

resepi : kredit  kepada http://rabiasensei.blogspot.com

0 comments: