Thursday, 22 December 2011

Apam Pelangi







Bahan-bahan :
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovellet
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gm tepung gandum (1 1/3 cwn)
  • 150 gm gula halus (2/3 cwn)
  • 125 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • garam secubit
  • pewarna
Cara-cara :
  1. Pukul telur dengan gula dan ovelet sampai gebu.
  2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yangg diayak bersama baking powder kacau rata.
  4. Bahagi kepada 3 warna yang kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.
Teringin untuk mencubanya..^_^
resepi : kredit kepada http://yatiememories.blogspot.com

Tuesday, 20 December 2011

Ciri Sahabat yang Baik

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? [Dipetik dari Nurjeehan Wordpress]
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sunday, 18 December 2011

Pulut Durian

Hujung minggu semalam, saya dan sahabat kolej saya mengambil keputusan untuk membuat pulut durian. Sekarang masih musim durian. Rindu dengan pulut durian yang ibu-ibu kami masak di kampung membuatkan kami ingin mencuba membuatnya sendiri. saya dan beberapa sahabat saya menanak pulut durian dengan ' rice cooker' manakala sahabat lelaki kolej saya membeli buah durian. Saya baru sahaja kekenyangan menjamah pulut durian ini.  (^_^)


resepi pulut durian
  • nasi pulut - masak beras pulut macam biasa 
  • santan - bancuh dengan sedikit garam
  • durian secukupnya
  • gula secukupnya

Sunday, 11 December 2011

burger buatan sendiri

pagi hujung minggu ini, teringat pulak akan burger. Perut lapar barangkali untuk diisi. Resepi kali ini berbeza dengan burger biasa. Kali ini, resepi buatan sendiri. Teringin hendak membuat burger sendiri di rumah. Tak sabar untuk balik rumah ^_^

               Burger buatan sendri...
Bahan A
500gm daging cincang 
1 biji telur ayam
bawang besar (didadu)
bawang putih (didadu)
daun sup & daun bawang (potong)
serbuk lada sulah sesedap rasa
garam pun sesedap rasa
1 sudu tgp gandum

bahan B
roti burger
timun di hiris
daun salad 
mayonis & sos cili

cara:
1. Bersihkan daging cincang & toskan airnya.
2. masukkan dlm bekas + sumer bahan2 A. gaul sebati.
3. panaskan kuali & sesudu minyak.
4. kepal2 daging menjadi bebola pastu leper kan sket .. mcm daging berger tuh..
5. pastu lepek ler dlm kuali tuh.. dah garing & masak angkat ... buat sampai abis..
6. belah roti & letakkan daging burger tadi..& timun & mayonis & sos.

 resepi : kredit kepada http://rzlena.blogspot.com