Tuesday, 29 November 2011

makanan musim terkujuh

Di rumah sekarang, Kelantan ialah musim terkujuh. Terimbau kembali sebelum saya belum menjejakkan kaki di universiti ini. Umi saya gemar membeli ubi kayu mahupun ubi keledek semasa musim hujan-hujan begitu. Wah, betapa saya merindui kemanisan ubi-ubi apabila saya menjamahnya ketika masih panas lagi. Antara ubi-ubi yang terkenal pada musim terkujuh  di kelantan ialah ubi kayu. Ubi kayu hanya direbus sahaja dan dicicah dengan nyior ( kelapa parut) atau gula.
 

kalau ubi keledek, selalunya keluarga saya amat gemar che mek molek iaitu kuih yang berasaskan ubi keledek.  

Bahannya
500 gm keledek 
½ cawan tepung gandum
½ cawan gula
garam
minyak untuk menggoreng

Caranya
1.Rebuskan ubi keledek dengan sedikit garam sehingga lempuk.
2.Buangkan airnya dan lenyek sehingga lumat. kite kisar guna food pro..
3.Gaulkan dengan tepung gandum.
4.Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir dalamnya dan bentukkan memanjang supaya nampak bujur.
5.Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga kekuningan.
6.Angkat kueh dan toskan minyak. Hidangkan.

resepi : kredit  kepada http://rabiasensei.blogspot.com

Saturday, 12 November 2011

makanan musim hari raya haji




Hari ini saya masih di rumah lagi. Cuti selama seminggu ini sempena hari raya aidiladha. Makanan musim ini hanya bersumberkan daging korban sahaja. Pelbagai masakan yang dimasak sempena bulan korban ini seperti sup tulang,  rendang daging, sate, daging masak kunyit, daging masak kicap dan sebagainya. Hanya perut lembu saya belum jamah lagi. Selalunya perut lembu di Kelantan terkenal dengan masakan perut air asam dan kerabu perut.


RESEPI PERUT AIR ASAM


BAHAN2 :
1/2 Kg perut lembu - Cuci n rebus empuk
5 Biji limau nipis
5 Sudu makan air
1/2 Inci belacan - Dibakar
Sedikit garam gula secukup rasa
3 Biji bawang merah - Mayang
2 Ulas bawang putih - Mayang
5 Biji cili api - Mayang

CARANYA :
1 - Hiris nipis perut lembu dan ketepikan.
2 - Perah limau nipis,tambah sedikit air,lumatkan belacan dan masukkan bahan yg dimayang tadi.
3 - Masukkan garam gula dan kacau sebati.Hidang perut lembu dgn air asam


RESEPI KERABU PERUT


Bahan-bahan ( 4-5 orang )
·          Bahan A
·          500 gram perut lembu
·          Ikan kembong seekor(kalau ikan selar kuning 3/4)*lebihkan ikan untuk rasa yang lebih umph!*
·          lada hitam/lada sulah
·          bawang merah besar(bawang India) 1 labu

·          Bahan B
·          bawang merah besar 1 labu di mayang
·          cili merah dimayang
·          1 bunga kantan dimayang
·          kelapa parut untuk dibuat kerisik
·         1 biji tomato di potong dadu (kalau tak letak pun takpe)
·          asam limau nipis/limau kasturi
·          garam
·          gula
·          santan RM1
·          Kacang panjang RM1/seikat dan dimayang halus2


Cara-cara
1.     Ok! Mula2 sekali hiris perut lembu itu memanjang kemudian direbus sehingga empuk dan toskan .
2.     Panggang ikan jadi ikan bakar(kalau saya nak cepat saya rebuskan saja dengan sedikit air).
3.     Sediakan kerisik: Goreng lebihkurang secawan kelapa parut tanpa minyak sehingga garing dan warna bertukar menjadi perang. Tumbuk kelapa hingga nampak keluar minyak Ok dah siap kerisik
4.     Tumbuk lada hitam, kemudian tumbuk bawang dari bahan A, tak lumat sangat pun tak mengapa. Kemudian masukkan isi ikan yang dipanggang/rebus tadi, tumbuk lagi.
5.     Bila dah siap 4 peringkat tadi campurkan semua yang dalam lesung tadi, kacang panjang dan kesemua bahan B dalam satu mangkuk besar. Kacau-kacaukan hingga rasanya serasi.... masin ada, manis dan masam...

Sumber resepi perut air asam  dan kerabu perut; credit kepada http://nieda78.blogspot.com dan http://myresipi.com