Tuesday, 27 September 2011

cerita yang sesuai



Sudah 2 hari saya memikirkan tentang cerpen yang sesuai dengan tema masakan atau makanan. Kadang-kadang terlintas di benak fikiran saya tentang makanan tradisional dan makanan barat. Jika saya mengambil contoh seperti makanan tradisional orang kelantan, bagaimana saya ingin mengupas tajuk berkenaan dengan menggunakan unsur abstrak ke dalam cerpen saya.  Saya terfikir juga tentang buah-buahan. Ada sesetengah buah-buahan yang meninggalkan kesan mendalam ke atas diri saya. entah bagaimana saya mahu mengaplikasikan sesebuah makanan atau masakan ke dalam cerpen. Inilah kali pertama saya menulis cerpen, saya bukan penulis seperti di luar sana. saya tidak pandai bermandah, tapi saya cuba. Jika kita ingin menulis, bacalah cerpen yang terbaik untuk dijadikan panduan. Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan untuk saya menyiapkan cerpen ini. Jangan mudah berputus asa azemah...





0 comments: